Utama

Tuesday 23 August 2016

Jalan - jalan cari makan ; Aiskrim Kelapa marvelous

Hello, Selamat Tengahari.Anda dah makan tengahari ke? Kalau anda berada di sekitar Taiping apa kata singgah ke Kemunting sekejap. Saya nak tunjukkan restoran yang menjual pencuci mulut yang sedap. Selama saya duduk di Taiping ini, saya belum jumpa lagi masakan yang tak sedap. Semua makanan yang saya jumpa dan makan walau pun berbeza tempatnya, rasanya sedap sekali. Orang Taiping ni pandai masak kut. Puji ni. Selalu orang cerita tentang cendol sedap di Taiping, Mi Udang sedap di Kuala Sepetang. Apa kata kali ini kita layan aiskrim kelapa. Mana nak cari aiskrim sedap tu?

Saya sertakan kad perniagaannya.

Nampak sedap. Rasanya lagilah sedap.


Ini tempat yang perlu anda cari. Lokasinya bertentangan dengan kem askar.
Ini alamatnya. Jangan lupa singgah.
Apa yang ada dalam aiskrim kelapa ni sampai saya kata sedap. Saya tempekkan video kandungan di dalamnya. Memang kecur air liur dibuatnya. Harganya RM6.50. Puas makan. Saya kenyang tersandar sebab makan aiskrim ni sorang - sorang. Kalau anda nak makan makanan lain seperti mi celup dan sebagainya, sila nikmati aiskrim ini secara berkongsi. Rugi kalau tak habis. Bukan boleh tapau. Tapi kalau nak tapau juga, bawa baliklah dengan sebiji kelapa tu.hihi. Saya syorkan untuk satu hidangan aiskrim ni, anda makan sekurang - kurangnya 2-3 orang.Nama pun pencuci mulut. Ye tak.




Jadi nampak ke apa yang ada dalam aiskrim kelapa tu? Ada buah kabung, ada cendol, ada cincau, dan macam - macam lagi.Paling penting isi kelapa yang lembut dan yummy. Sapa kat Taiping, sila terjah ye. Sebelum tu, saya tak terima komisen pun dan tiada kaitan pun dengan tuan punye restoran. Hanya khidmat review yang ikhlas, sebab sedap. Nantikan review makanan sedap di tempat lain pula. Daaa.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kami menyediakan perkhidmatan aiskrim Nestle untuk majlis perkahwinan, majlis-majlis keraian, ekspo, program pameran dan majlis - majlis harijadi. Anda boleh hubungi saya seperti berikut :-

Nama Syarikat        : Azam Teguh Mega Marketing (002477529-w)
No H/P (whatsapp) : 012-9197181/ 018-9554181 (Azam)
Email                      : azamteguhmm@gmail.com
Blog                        : www.azamteguhmm.blogspot.my

No comments:

Post a Comment