Semalam saya baru sahaja menerima emel daripada Bank Negara untuk mengetahui status kredit saya. Maknanya saya boleh tengok semua status hutang saya.Alhamdulillah , masih cantik. Rekod semua 0. Ada satu ja yang tak cantik iaitu PTPTN. Akronim untuk apa. Anda cari la sendiri. Geram tengok no 4 untuk setiap bulan. Maknanya ada tunggakan. Alhamdulillah, saya dah selesaikan baki hutang PTPTN tu. Serius, rasa lega apabila hutang dah berkurang.